PARIS – Seorang lelaki di Perancis mengemukakan tuntutan kepada pihak mahkamah setelah tidak berpuas hati tindakan imigresen melarang wajah foto tersenyum dalam pasport negara tersebut.
Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada Jumaat melaporkan, lelaki berkenaan hanya dikenali sebagai Thierry itu mendakwa larangan wajah tersenyum ceria untuk foto pasport tidak sah berdasarkan undang-undang Perancis.
Dia yang dilaporkan bertugas sebagai pegawai kanan agensi pemerintah, juga menyatakan bahawa peraturan aneh mengenai penggunaan foto berwajah serius bakal membuatkan orang Perancis menjadi lebih sedih dan merana!
Namun dakwaan tersebut ditolak oleh sebuah mahkamah tempatan yang menjelaskan bahawa untuk foto pasport memang harus dengan mulut tertutup dan ekspresi wajah perlu natural, sekali gus muka tersenyum dilarang keras.
Menurut seorang hakim dalam penghakimannya, penampilan wajah sedih dan gembira sebenarnya tidak termasuk dalam ekspresi muka natural untuk urusan kegunaan rasmi pasport oleh mana-mana imigresen di seluruh dunia.
Akhbar terkenal Perancis, Le Parisien, melaporkan bahawa Thierry membawa kesnya kepada pihak pengadilan setelah pejabat imigresen yang mengurus pasport dirinya menolak foto kerana dianggap ‘sedikit tersenyum’.
Malah berdasarkan peraturan imigresen, foto wajah wajib memaparkan keseluruhan muka tanpa menampakkan gigi atau mimik senyum atau sedih dengan mata mesti terbuka pandang ke hadapan walaupun memakai cermin mata.
Dalam pada itu menurut BBC, keputusan mahkamah tersebut adalah bersifat muktamad dan mengikat sehingga Thierry tidak mempunyai pilihan kecuali merakamkan foto baharu tanpa senyum! – Agensi