ALOR SETAR - Umno Kedah turut mengemukakan bantahan berhubung cadangan persempadanan semula di negeri ini, namun bersedia berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kewajaran perubahan itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bantahan terhadap syor persempadanan itu dibuat oleh Umno Bahagian yang berasakan perubahan itu boleh mengancam kedudukan pada PRU14 akan datang.
“Kemuka bantahan adalah perkara biasa kerana syor terbabit dicadangkan SPR. Umno Kedah juga boleh kemuka bantahan jika tidak bersetuju dengan mana-mana perubahan, memang ada kawasan yang kita tidak setuju namun SPR yang akan buat keputusan,” katanya, pada sidang media, selepas Majlis Penyerahan Internship Mahasiswa Anak Kedah (Iman) di Wisma Darul Aman, kelmarin.
Menurutnya, bukan pembangkang sahaja yang tidak bersetuju dengan persempadanan semula itu, kerana perubahan peti undi akan menyebabkan segala gerak kerja yang dirancang sejak awal terjejas.
“Ada bahagian didapati peti undi ditarik keluar di sana, di sini pula terjejas walaupun tiada penambahan pengundi. Kita sudah kemuka bantahan namun terpulang pada SPR kerana itu hak mereka,” katanya.
Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ini menunjukkan tuduhan mengaitkan SPR berpakat dengan Umno untuk memenangkan calon BN pada PRU14 adalah tidak berasas.
“Itu tuduhan semata-mata, konon untuk selamatkan calon BN. Kawasan pembangkang tewas dikatakan salah SPR, kawasan dimenangi pula tidak pertikai,” katanya.
Menurutnya, semua pihak berhak membuat bantahan termasuk mana-mana Umno Bahagian yang berasakan keperluan berbuat demikian sebelum 14 Oktober ini.
“Yang penting perlu diadakan perbincangan untuk dapatkan penjelasan SPR, jika alasan diberikan rasional, mungkin kita tidak bantah,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, sekiranya cadangan SPR itu tidak menjejaskan perancangan Umno Kedah berdepan PRU14, syor itu tidak di bantah.
“Ada kawasan merupakan kawasan sasaran boleh menang, untuk kita capai sasaran penambahan dua atau tiga kerusi parlimen dan beroleh majoriti 2/3 kerusi Dun, namun jika pindaan persempadanan jejaskan perancangan itu, kita perlu kaji dan bincang dengan SPR,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak mahu kerusi yang diyakini boleh menang berisiko kalah selepas pindaan dilakukan, kerana sasaran adalah untuk beroleh lebih kemenangan berbanding jumlah kerusi sedia ada.
Sumber: Sinar Harian