PM Pengerusi Mesyauarat Menteri Besar & Ketua Menteri Ke-127


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-127 di Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu bertujuan untuk menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan persekutuan bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan. – BERNAMA