Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha |
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menafikan mempunyai akaun Twitter atas namanya yang membuat kenyataan mengkritik rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan hari ini, perdana menteri berkata beliau dan Najib adalah sahabat yang rapat.
“Untuk laman web (akaun Twitter) yang didaftarkan dengan nama saya, saya tidak pernah ada (akaun Twitter).
“Saya dan Perdana Menteri Malaysia, kami adalah kawan rapat,” katanya dan menambah sebagai pemimpin dalam ASEAN, beliau mematuhi prinsip kumpulan serantau itu yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota.
“Kami berdua (Prayut dan Najib) adalah pemimpin negara, oleh itu banyak perkara adalah urusan dalaman, jadi ia akan diselesaikan oleh negara itu sendiri berdasarkan prinsip ASEAN,” katanya.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di Bangkok pada 21 dan 22 Okt lepas untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej di Grand Palace.
Raja itu mangkat pada 13 Okt lalu setelah gering sekian lama.
Prayut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun Twitter palsu itu.
Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan, beliau mendapati kejadian serupa turut berlaku di negara lain. – BERNAMA