PENGERUSI Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa pihak polis memberi layanan buruk kepada Gerakan Merah V2, tidak seperti layanan istimewa yang diberikan mereka terhadap kumpulan penyokong Bersih 5.
Menurut beliau, situasi seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana selama ini yang mencetuskan kekecohan di kalangan orang awam adalah Bersih 5 yang sewenang-wenangnya mencabul sistem demokrasi negara dengan turun ke jalan raya.
“Saya menganggap keadaan yang berlaku semalam memperlihatkan pihak polis memberikan layanan istimewa yang luar biasa terhadap Bersih 5.
“Kumpulan Bersih 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi di setiap konvoi Bersih 5 mengalahkan escort Perdana Menteri Malaysia.
“Walhal tindakan Bersih 5 telah terbukti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah agenda kotor mereka menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencabul sistem demokrasi menerusi turun ke jalan raya,” katanya dipetik kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya.
Menurut beliau lagi, tiga penyokong Merah V2 turut ditahan polis sambil menyifatkan layanan pihak polis terhadap mereka ibarat seperti anjing kurap jika dibandingkan dengan keistimewaan yang diberikan terhadap kumpulan Bersih 5.
“Layanan yang diberikan kepada gerakan Merah V2 saya sifatkan seperti anjing kurap. Pihak polis menyekat di setiap lokasi kami.
“Merah V2 ditahan hampir di setiap tempat dan kami diarahkan pihak polis menghentikan serta merta konvoi kami.
“Malah seramai tiga penyokong Merah V2 telah ditahan. Layanan kami amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Bersih 5.
“Padahal kumpulan Bersih inilah yang selama ini menghasut rakyat dan menghina pihak polis di sepanjang kempen yang diadakan sejak sekian lama.
“Malah Bersih sebelum inilah yang mencetuskan keganasan melampau sehingga menggugat keselamatan negara, menyerang pihak polis dan memecahkan kereta polis,” ujarnya lagi.
Sebelum ini berlaku sedikit kekecohan membabitkan kedua-dua gerakan tersebut di beberapa lokasi, baru-baru ini.
Merah V2 akan diteruskan bagi menghalang agenda Bersih 5 yang bertujuan untuk mengguling kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak. –Kedahnews.com