Polis Sahkan Cerita Ratu Universe Ditahan Di KLIA Palsu


KUALA LUMPUR - Polis menafikan penyebaran berita kononnya Ratu Universe 2016 dari Filipina, Pia Wurtzbach ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kerana cuba menyeludup dadah.

Penafian itu dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, semalam.

Beliau turut memuat naik paparan skrin sebuah portal berita yang didakwa menyebarkan berita itu.

"@PDRMsia sahkan berita ini palsu," katanya. 


Sebelum ini, pengguna media sosial seluruh dunia kecoh apabila satu portal berita, News24-TV yang memetik pihak berkuasa melaporkan, Wurtzbach didakwa cuba menyeludup 10 kilogram kokain dalam dua beg plastik kopi yang disembunyikan dalam beg bimbitnya ketika tiba ke negara ini dari Manila, kelmarin.

Sumber: BH Online