ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu mempunyai matlamat dan hala tuju yang lebih jelas serta menyakinkan rakyat di negara ini jika benar berhasrat untuk menyaingi UMNO di dalam landskap politik negara.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Martadha Mohamad berkata, tidak cukup bagi parti itu dengan hanya memiliki bekas-bekas pemimpin utama kerajaan namun gagal untuk mempamerkan matlamat dan dasar yang lebih jelas kepada rakyat di negara ini.
"PPBM mempunyai kekuatan dari sudut pimpinannya yang terdiri dari bekas penyandang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan.
"Nama-nama hebat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Mereka pernah memegang jawatan utama kerajaan ketika bersama UMNO dulu. Mereka punya pengalaman yang luas.
"Namun begitu, ia tidak memberi kesan yang terlalu besar jika PPBM hingga kini dilihat masih belum jelas tentang matlamat dan hala tuju sebenar parti tersebut," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Jelas beliau, PPBM sehingga hari ini hanya dilihat mempunyai satu sahaja matlamat yang jelas iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, namun tidak jelas mengenai dasar dan matlamat parti sebagaimana UMNO.
"Kelemahan itu amat jelas sekali. Ia tidak membayangkan matlamat yang jelas kepada rakyat. Dengan hanya menjatuhkan Perdana Menteri, ia tidak akan meyakinkan rakyat di negara ini.
"PPBM memerlukan dasar dan matlamat parti yang lebih jelas seperti UMNO. Jika berjaya menjatuhkan Perdana Menteri, kemudian apa yang berlaku? Apa dasar dan matlamat kemudiannya? PPBM perlu lebih jelas tentang itu," jelasnya.
Jelas beliau lagi, dengan memberi tumpuan melakukan serangan terhadap isu nasional seperti 1MDB, PPBM akan mendapat kurang sambutan di kawasan luar bandar berbanding di negeri-negeri yang memiliki bandar besar seperti Selangor.
Katanya, isu nasional kurang mendapat perhatian di kalangan masyarakat sub-urban di mana masyarakat di kawasan tersebut lebih memberi tumpuan terhadap isu-isu tempatan yang jelas di dalam kehidupan seharian mereka.
Justeru itu, bekas Dekan Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu turut menjangka PPBM tidak akan memberi kesan yang terlalu besar terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.
Walau bagaimanapun, sekiranya PPBM lebih aggresif menerangkan dasar, matlamat dan kemampuan parti itu yang lebih jelas selepas PRU ke-14, tidak mustahil parti baru itu mampu menyaingi UMNO kelak.
"Saya menjangkakan PPBM tidak akan memberi impak yang besar pada PRU ke-14 nanti kerana beberapa kelemahan yang terdapat pada parti itu, khususnya di negeri Kedah yang dilihat sebagai negeri yang berada di luar bandar.
"Ia bergantung kepada PPBM sendiri. Jika ia mampu ketengahkan kepimpinan yang mantap, dasar dan matlamat yang jelas, mungkin ia boleh menjadi sebuah parti alternatif menyaingi UMNO nanti," katanya. - Kedahnews.com