MANILA – Presiden Filipina yang baru, Rodrigo Duterte memang suka mencetuskan kontroversi dan kali ini beliau akan memperketatkan lagi peraturan tembakau di negara itu.
Jabatan Kesihatan Filipina memaklumkan bahawa beliau dijangka mengharamkan perbuatan merokok secara drastik di tempat-tempat awam terbuka di seluruh negara rantau Asia tenggara itu mulai bulan ini.
Sebelum ini Duterte bertegas mengharamkan iklan tembakau, mengenakan sekatan merokok di tempat awam yang tertutup dan mewajibkan gambar berbaur ngeri akibat merokok dipaparkan pada label kotak rokok.
Meskipun langkah-langkah tegas itu dapat mengurangkan agak banyak jumlah perokok tegar, tetapi pihak berkuasa kesihatan tempatan menyatakan bahawa situasi setakat ini masih lagi belum memuaskan.
Tindakan terbaharu Duterte itu sejajar janji ketika kempen pilihan raya presiden dan ia mendapat reaksi positif masyarakat antarabangsa berbanding ketegasan beliau sebelum ini membunuh ribuan pengedar dadah.
Filipina meluluskan akta kawalan tembakau pada tahun 2003, namun menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 10 tahun selepas itu, hampir 21 peratus daripada 101 juta penduduk Filipina didapati masih merokok.
Faktor harga terlalu murah dan kemiskinan hidup menjadi punca trend merokok di Filipina kekal antara negara tertinggi di benua Asia dan menjadi pengguna produk tembakau yang ke-15 terbesar di dunia.
Dianggarkan secara purata perokok di Filipina setiap tahun merokok 838 batang rokok atau bersamaan 42 kotak manakala angka kematian akibat rokok mencatatkan 200 orang sehari. – Agensi