Raja Mangkat: Thailand Umum Berkabung Setahun


BERIKUTAN kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengumumkan negara itu akan berkabung selama setahun.

Pihak istana sebelum ini mengumumkan Raja Bhumibol mangkat pada usia 88 tahun, pukul 3.52 petang waktu tempatan (bersamaan 4.52 petang waktu Malaysia) di Hospital Siriraj, Bangkok.

Tempoh berkabung itu akan bermula semalam, 14 Oktober.

Bendera Thailand turut dikibarkan separuh tiang selama 30 hari dan  tiada majlis keraian kerajaan boleh diadakan dalam tempoh 30 hari itu.

Sementara itu, pegawai kerajaan pula dikehendaki memakai baju hitam sepanjang tempoh berkabung.

Bhumibol merupakan raja paling lama memerintah di dunia dan sangat dimuliakan rakyat, iaitu 70 tahun setelah menggantikan kakandanya, Raja Ananda Mahidol pada 9 Julai 1946.

Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn pula dijangka menaiki takhta tetapi diminta untuk menangguhkanya sementara waktu sebelum mengambil alih peranan itu. – Kedahnews.com