Remaja Hilang Ditemui Mati Lemas Di Pantai Cenang


LANGKAWI - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Pantai Cenang di sini kelmarin, ditemukan mati lemas semalam.

Mayat Max Ng Yik Hang, 18, ditemukan terdampar di pantai itu kira-kira 7.25 pagi ini, kata Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Wee.

Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat, katanya.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras pada kira-kira 3.40 petang semalam semasa berenang bersama-sama dua rakannya, Jack Fong Tai, 15 dan Sow Zu Hui, 16, di pantai itu.

Dua rakannya itu berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai Angkatan Pertahanan Awam. – Bernama