Jika dulu ramuan campuran mangga asam boi menjadi kegilaan dalam kalangan netizen di seluruh negara, namun yang terbaru pula melibatkan buah rambutan pula menjadi ‘mangsanya’ yang mengecurkan selera.
Resipi rambutan asam boi menjadi viral menerusi laman sosial tempatan memandangkan kini musim rambutan sudah pun tiba.
Mungkin tidak tahu apa yang perlu dibutat dengan lebihan rambutan yang diperoleh dari kampung, apa kata kita cuba resipi ringkas yang dikongsikan Says.com ni.
Cara-caranya mudah sahaja, anda cuma memerlukan beberapa biji buah rambutan, 100 gram asam boi, sembilan biji limau nipis, lapan cili padi, dua sudu besar madu dan garam.
Pertama sekali, hiriskan cili padi dan limau. Kemudian masukkan bahan hirisan tadi ke dalam mangkuk dan gaul bersama rambutan, asam boi, madu dan garam.
Simpan di dalam bekas kedap udara semalaman di dalam peti sejuk dan keesokan harinya anda dah boleh merasa rambutan asam boi air tangan anda sendiri.
Selepas mencuba ini, jangan lupa kongsikan dengan kami komen anda! -Kedahnews.com