KUALA LUMPUR – Risiko dijangkiti virus Zika bagi wanita hamil bukan hanya pada peringkat awal kandungan tetapi pada sepanjang tempoh kehamilan kerana Zika juga dikaitkan dengan penyakit ketidaknormalan kelahiran yang lain, menurut seorang pakar perbidanan.
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Dr. Habibah Abd. Ghani berkata walaupun ujian ultrasound dilakukan pada usia kandungan 18 minggu dan ke atas, ia tidak dapat mengesahkan janin tersebut dijangkiti Zika atau penyakit lain.
Wanita yang disahkan hamil dinasihatkan supaya sentiasa menjalani pemeriksaan rutin setiap bulan untuk melihat perkembangan bayi terutama ukuran lilit kepala bayi, katanya kepada Bernama di sini.
“Teknologi perubatan pada masa kini belum dapat mengesahkan dengan tepat wanita berkenaan dijangkiti virus Zika yang menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kepala kecil (microcephaly),” katanya.
Habibah berkata, bayi yang dijangkiti Zika semasa dalam kandungan sukar untuk dikesan walaupun ibunya positif Zika.
Oleh itu, Dr Habibah berkata wanita yang disahkan hamil perlu mendapat maklumat yang jelas daripada pakar berkaitan mengenai risiko kehamilan dan kesannya dalam kehidupan mereka nanti.
“Walaupun menurut undang-undang sedia ada, menggugurkan kandungan dibenarkan sekiranya ia membahayakan ibu yang mengandung.
“Tetapi dalam perkara ini (Zika), ia tidak membahayakan ibu tetapi dalam jangka panjang ia mungkin boleh mempengaruhi kehidupan sosial pasangan itu, kehidupan kanak-kanak berkenaan seterusnya generasi akan datang sekiranya virus itu tidak dikawal,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Dr. Jamali Wagiman mengesyorkan agar Kementerian Kesihatan menubuhkan Jawatankuasa Etika Bio-Perubatan yang dianggotai oleh pakar bidang perbidanan, penyakit berjangkit, psikiatri, ahli etika bio dan tokoh agama daripada institusi yang diiktiraf.
Beliau berkata dengan adanya jawatankuasa itu, proses membuat keputusan adalah lebih selamat dan adil buat pesakit dan bayi yang dikandung selain mengelakkan keputusan bersifat uniteral yang mungkin bercanggah antara amalan perubatan mahupun hukum syariah.
“Memandangkan risiko dan komplikasi Zika masih di peringkat awal dan maklumat mengenainya masih terhad, orang awam dinasihatkan tidak menyebarkan atau percaya pada khabar angin mengenai rawatan Zika dari pihak tidak berwibawa di media sosial.
“Yakin dan patuhi saranan Kementerian Kesihatan sebagai authoriti yang bertanggungjawab perihal kesihatan awam dan rawatan pesakit ketika wabak Zika melanda,” katanya. – BERNAMA