SUNGAI PETANI - Seorang tukang kebun berputih mata kerana duit simpanannya berjumlah RM2,000 yang disimpan bawah tilam di bilik tidurnya hangus dalam kebakaran di Jalan Pinang Tunggal, Kampung Pokok Asam, di sini, kelmarin.
Hasrat mangsa, Bahari Ali, 67, membina rumah baru buat keluarganya hancur sekelip mata dan terpaksa ditangguhkan.
“Rumah ini adalah rumah pusaka arwah isteri dan saya berhasrat ingin membuat rumah baru kerana tapak rumah sudah ada namun pembinaannya dilakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan yang ada.
“Apabila kejadian ini berlaku, saya terpaksa tangguhkan pembinaan rumah dan perlu buat simpanan semula,” katanya ketika ditemui , di lokasi kejadian, di sini.
Warga emas itu berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian ini daripada anak bongsunya, Nor Wahidiah, 24, sewaktu ingin pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari tempat kerja.
“Saya terus pulang ke rumah dan mendapati rumah sudah hangus. Selain wang simpanannya, sebuah kereta proton saga dan tiga buah motosikal milik keluarga turut terbakar.
Katanya, biarpun berasa terkilan namun dia reda dengan ketentuan yang berlaku dan menganggap kejadian ada hikmahnya.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, K Chandran berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 12.07 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 7 minit kemudian.
Menurutnya, seramai 15 pegawai dan anggota dari BBP Tikam Batu dan Sungai Petani bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, sebuah rumah dua tingkat sedang terbakar 50 peratus serta membabitkan sebuah kereta Proton Saga (30 peratus) dan tiga buah motosikal (40 peratus) turut terbakar. Pihaknya berjaya mengawal api 15 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
“Siasatan awal pihaknya mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca dari lintar pintas,” katanya.
Sumber: Sinar Harian