BANGI – Peruntukan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2017 semalam dapat memastikan sekolah tahfiz mencapai tahap persekitaran pembelajaran yang baik dan kondusif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama negeri akan memperincikan pusat tahfiz yang akan menerima peruntukan tersebut.
Katanya ketika ini terdapat 547 maahad tahfiz swasta yang berdaftar dengan jabatan agama, 20 maahad tahfiz negeri, 10 kolej tahfiz negeri dan lebih 400 tahfiz persendirian tidak berdaftar.
“Ada yang dibina di rumah persendirian yang diwakafkan untuk dijadikan maahad tahfiz yang kita tengok dari sudut fasilitinya tidak mencapai tahap persekitaran pembelajaran yang baik dan kondusif untuk belajar.
“Kita akan membuat perincian sekolah tahfiz yang dimaksudkan (untuk terima peruntukan) tetapi kita tengok yang dimaksudkan adalah sekolah yang berdaftar,” katanya kepada pemberita selepas majlis Apresiasi Media Bersama Jakim 2016, di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini semalam.
Semalam, Najib berkata peruntukan bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara itu diberikan setelah kerajaan menyedari permintaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan tahfiz.
Jamil Khir berkata Jakim akan menyusun garis panduan di bawah dasar itu yang boleh diguna pakai secara bersama oleh jabatan agama negeri terutamanya dalam usaha menggabungkan pendidikan tahfiz dengan pendidikan formal.
“Perdana menteri selalu tekankan mahu melihat paling tidak pelajar pendidikan tahfiz didedahkan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana dengan ini ia akan melahirkan pelajar cemerlang dalam hafazan tetapi dalam masa sama dikuatkan dengan SPM.
“Ini akan memberi ruang persaingan yang lebih baik dan tentunya kalau mohon pekerjaan, ada SPM dan sijil tahfiz, sudah tentu majikan melihat satu kelebihan daripada orang lain,” jelasnya. – BERNAMA