Robiah menunjukkan kayu bumbung yang sudah reput |
KULIM - Seorang warga emas di Kampung Batu Putih dekat sini merayu kepada mana-mana pihak untuk membaik pulih rumahnya yang makin uzur dimamah anai-anai sejak setahun lalu.
Ibu tunggal, Robiah Jaafar, 78, berkata, rumah yang dihuninya bersama seorang anak perempuan dan tiga cucu itu telah berusia lebih 20 tahun.
Katanya, rumah yang dibina arwah suaminya daripada papan dan kayu yang kini menjadi ruang dapur itu mulai rosak akibat dimamah anai-anai sejak tahun lalu sehingga menyebabkan kayu bahagian dinding dan bumbung mereput.
“Sudah lama saya tinggal di sini, masa mula buat dulu pun rumah ini menggunakan papan dan kayu. Tahun lepas baru perasan anai-anai telah mula makan papan dan tiang-tiang kayu di bahagian dapur dan tengah rumah.
“Makin lama makin teruk, dinding rumah pun sudah mahu roboh apatah lagi kayu di bahagian bumbung, memang tak selamat lagi nak terus tinggal di sini,” katanya.
Robiah berkata lebih membimbangkan apabila hujan dan angin kuat melanda kawasan itu dan mereka terpaksa menumpang bermalam di rumah saudara terdekat.
“Kalau tengok hari nak hujan dan rasa tiupan angin, memang tak berani nak duduk dalam rumah dan terpaksa pergi ke rumah saudara mara terdekat.
“Hidup kami memang dalam keadaan meresahkan memikirkan keadaan rumah yang sudah uzur dan makin mereput ,”katanya.
Malah, katanya pada waktu malam juga tidur mereka tidak begitu nyenyak apabila memikirkan faktor keselamatan sekeluarga.
“Tengok lah keadaan dinding rumah sebahagiannya hampir tercabut dan roboh, nak tidur malam pun bimbang ada berlaku kejadian tak ingini, seperti orang tak dikenali masuk ke dalam rumah ,”katanya.
Tambahnya, anaknya Hartini Hamid, 39, sudah beberapa kali memohon bantuan kepada pihak terlibat namun masih belum menerima sebarang bantuan baiki rumahnya.
“Banyak kali kami mohon, ada mereka datang ambil gambar lepas itu senyap sahaja, tak ada beritahu apa-apa pula. Nak baiki sendiri tak ada sumber pendapatan, nak harap anak-anak, mereka ada tanggungan keluarga sendiri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian