Saudi Sempurnakan Proses Bersihkan Kaabah Hari Ini


MAKKAH – Kerajaan Arab Saudi hari ini akan menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah.

Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal akan mengetuai kerja membasuh Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Difahamkan Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan haruman Oud.

Sementara itu, Kiswa iaitu kain yang menutupi Kaabah di sudut Hajar Aswad dan bahagian tepi Meezab (saluran air di atas kaabah) telah dihiasi dengan emas sejak semalam

Antara pengiring yang menemani Putera Khaled termasuk Ketua Umum Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Antara lain menteri, ulama, penjaga Kaabah, anggota Kor Diplomatik Islam, penduduk tempatan dan jemaah juga turut serta dalam upacara permbersihan kaabah.

Upacara pembersihan Kaabah dilakukan adalah bersandarkan kepada perbuatan Nabi Muhammad S.A.W yang membasuh Kaabah ketika pembukaan kota Makkah.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan proses mencuci Kaabah hanya dijalankan sekali setahun, iaitu pada awal Muharram, berbanding dua kali sebelum ini. – Kedahnews.com