Nasir (kanan) melihat keadaan sawah yang terjejas, baru-baru ini. |
KUALA KEDAH - Kira-kira 136 relung sawah padi di Kampung Padang Garam, di sini, didakwa dimasuki air laut berikutan fenomena air pasang besar, baru-baru ini.
Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, masalah berkenaan diluahkan beberapa petani dalam lawatan susulan meninjau kesan fenomena alam itu.
“Dalam kejadian Isnin itu, kediaman penduduk kampung terletak di tepi pantai yang lebih rendah dimasuki air sehingga memberi kesan kepada mereka.
“Begitu juga, sawah padi diusahakan 22 petani dimasuki air laut. Manakala, 14 relung yang menunggu masa untuk dituai telah musnah kerana digenangi air masin,” katanya.
Nasir berkata, penduduk terlibat khususnya petani dilanda kebimbangan mengenai nasib mereka, memandangkan punca pencarian hidup terjejas.
“Kebanyakan mereka tertanya-tanya samada dapat menanam padi semula pada musim-musim akan datang, kerana tanaman dikhuatiri tidak boleh tumbuh dalam kawasan masin,” katanya.
Katanya, dia turut mendapati banyak ikan dalam kolam ternakan ikan air tawar diusahakan penduduk mati selepas dimasuki air laut dalam tinjauan itu.
Antara lain, ada jalan didapati mengalami kerosakan dan memerlukan tindakan segera untuk memudahkan penduduk tempatan melakukan aktiviti harian.
Beliau berkata, penduduk Kampung Sematang Bogak dan Teluk Talipon didapati juga terlibat dalam fenomena air pasang besar melanda kawasan itu lebih seminggu lepas.
Untuk itu, katanya, dia meminta kerajaan mengambil inisiatif segera untuk menangani masalah membelenggu penduduk tinggal berhampiran pantai itu.
Antara langkah dicadangkan, katanya, dia memohon ban di tepi sungai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) ditinggikan untuk mengelakkan masalah nanti.
“Sebelum ini, pihak berkenaan sudah meletakkan batu di sekitar kawasan. Jadi, kita mahu ia ditinggikan lagi untuk mengelakkan kerugian,” katanya.
Katanya, penduduk terutamanya petani yang mengalami kerugian akibat fenomena air pasang perlu diberi bantuan sewajarnya.
Nasir berkata, satu alternatif perlu diambil mencari jalan penyelesaian membantu petani terjejas mengusahakan kembali sawah mereka pada masa akan datang.
Sumber: Sinar Harian