Peserta bergambar bersama barisan pegawai dan fasilitator terlibat. |
BALING - Seramai 51 pelajar dari sembilan sekolah rendah dalam daerah ini menyertai Kem Pintar 2.0 di Putri Ayu Chalet, Yan Kedah, baru-baru ini.
Program itu dianjurkan Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Baling dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling dan Sik.
Pegawai AADK Baling berkata, objektif program yang melibatkan pelajar darjah lima dan enam itu diadakan bagi menambahkan pengetahuan peserta tentang kesan serta bahaya penyalahgunaan dadah.
Menurutnya, selain didedahkan dengan ceramah, para peserta turut terlibat dengan aktiviti luar yang menguji ketahanan mental serta fizikal.
“Bagi segmen eksplorasi, pelajar perlu menyiapkan tugas yang diberi sehingga selesai.
"Sementara untuk aktiviti 'Show Down', kita adakan bagi mencungkil bakat yang ada pada setiap peserta,” katanya.
Tambahnya, kem itu dibantu oleh para fasilitator yang terdiri daripada kakitangan AADK Baling dan guru kaunseling.
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Unit Dadah (Ppda) Daerah Baling dan Sik, Ramli Othman dan Pegawai AADK Negeri Kedah, Rokeman Ramli.
Sumber: Sinar Harian