SEORANG bayi lelaki yang baru dilahirkan Ahad lalu di Magura, Bangladesh mencetuskan sensasi dalam kalangan masyarakat setempat.
Ini kerana dia dilahirkan dengan bentuk rupa dan fizikal seperti individu yang sudah berusia 80 tahun.
Menurut doktor yang merawatnya, bayi itu mengalami penyakit jarang-jarang berlaku yang dipanggil progeria.
Progeria merupakan penyakit yang menyerang kanak-kanak, menjadikan mereka kelihatan lebih berusia daripada sepatutnya.
Berdasarkan kajian, seorang dalam empat juta kelahiran berkemungkinan diserang dengan simptom sebegini.
Kebanyakan bayi yang dilahirkan dengan kondisi sebegini dianggarkan mampu hidup sehingga berusia 13 tahun sahaja.
Bayi tersebut mempunyai kedutan di bahagian muka dan badan selain matanya berwarna kuning-kekuningan seperti lelaki tua.
“Bayi tersebut tak seperti bayi yang baharu dilahirkan. Terdapat banyak tanda penuaan di badan dan mukanya seperti kedutan berlebihan dan tekstur kulit kasar,” kata doktor dipetik Metro UK.
Walau bagaimanapun, ibu bapa bayi berkenaan dilaporkan teruja dengan kelahiran anak mereka di sebalik penyakit pelik yang dihidapi anaknya.
Bapa bayi itu, Biswajit Patro, yang merupakan seorang petani melahirkan perasaan gembiranya di atas kelahiran bayi ajaib mereka dengan berkata, “Kami bersyukur dengan kurniaan Tuhan.
“Tidak ada sebab untuk tidak bergembira di atas kelahiran anak kami walaupun di sebalik rupanya yang lain daripada bayi lain.”
“Kami menerimanya, kami cukup teruja dengan kehadiran bayi dalam rumah,” katanya.
Disebabkan kehamilan luar biasa itu, rumah Biswajit dan isterinya, Parul Patro tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang mahu melihat sendiri lebih dekat anak mereka.
Doktor turut memberi jaminan anak mereka dalam keadaan baik dan akan berusaha mencari prosedur rawatan bagi merawat bayi istimewa itu. –Kedahnews.com