Mungkin ini berita yang gembira buat para peminat industri hiburan kerana penyanyi no.1 negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal muncul dalam program realitinya sendiri pada Januari tahun depan.
Turut tidak ketinggalan terlibat dalam program realiti ini adalah suami tercintanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K.
Pasangan ini akan memaparkan kehidupan mereka menerusi program yang diberi nama CTDK-action.
Pengumuman itu dikongsi Siti dan suaminya secara langsung menerusi program A.M. Live! di Astro Ria pada pukul 9 pagi semalam.
Sementara itu, Datuk K turut meluahkan kesediaannya terhadap komen negatif orang ramai mengenai kehidupan mereka.
“Saya bersedia untuk berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan kami bersama peminat. Kami tidak bimbang tentang kritikan kerana sudah lali dengannya,” kata Datuk K kepada sebuah akhbar tempatan.
Menerusi program realiti ini, kita akan melihat Siti buat pertama kalinya bercuti bersama keluarga besar Datuk K di beberapa buah negara seperti Portugal, Sepanyol, Dubai, Emiriah Arab Bersatu selama 21 hari bermula 2 November depan.
Difahamkan, 29 orang ahli keluarga Datuk K akan turut serta dalam percutian bagi rakaman program realiti itu. –Kedahnews.com