Surau Pasar Malam Jalan Putra Makin Uzur

Azly melihat kerosakan surau yang semakin uzur dan perlukan pembaikan.
ALOR SETAR – Rata-rata pengunjung Pasar Malam Jalan Putra, di sini mendakwa sebuah surau terletak berhampiran kawasan ini semakin uzur.

Menurut peniaga, Roslan Zainol, 60,  berkata, apabila kebanyakan peniaga akan menunaikan solat di surau ini, misalnya pada waktu Maghrib.

Menurutnya,  kebanyakan pengunjung juga akan menggunakan surau berkenaan untuk menunaikan solat.

"Bagaimanapun, keadaan surau tidak mampu memuatkan ramai jemaah dalam satu-satu masa, sebaliknya sekitar 20 orang sahaja," katanya.

Malah, katanya, beberapa kerosakan seperti masalah pembesar suara, besi pengadang tangga rosak, lampu  kurang terang dan karpet makin lusuh menimbulkan kurang selesa kepada orang ramai.

Kata pengunjung, Mazirah Zain, 53, berkata, adakala mereka terkena tempias hujan disebabkan ada bahagian dinding surau yang berlubang.

Katanya, surau berkenaan perlu diberi perhatian khusus memandangkan ia terletak di kawasan tumpuan umum.

Manakala, Azly Abdul Aziz,43, berkata, keadaan surau  yang uzur dipercayai semakin serius semenjak lima tahun lepas kerana tidak dibaik pulih.

Disebabkan itu, katanya, dia mengambil keputusan untuk solat di rumah kerana  kerana lebih selesa.

Azly berkata, mereka berharap kemudahan surau berkenaan dapat dinaik taraf agar   peniaga dan pengunjung dapat menunaikan ibadat lebih selesa.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid berkata, dia akan membawa isu terbabit kepada Datuk Bandar melalui mesyuarat infrastruktur.

Sumber: Sinar Harian