Syatilla Hamil, Shaheizy Bakal Timang Cahaya Mata Sulung


TAHNIAH diucapkan buat pasangan suami isteri popular, pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Sam mengesahkan isterinya sedang hamil namun enggan mendedahkan usia kandungan buat masa sekarang.

Memetik laporan sebuah akhbar, Sam berkata, “Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling.


“Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua,” ujarnya lagi.

Pasangan ini disatukan pada tanggal 8 Februari 2016 dan perkahwinan mereka mendapat jolokan Wedding of The Year selepas mendapat tajaan berjumlah RM25 juta. – Kedahnews.com