Paparan video lucah di skrin papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam yang menimbulkan kekecohan orang awam. |
JAKARTA - Polis dilaporkan telah menangkap pelaku yang bertanggungjawab menayangkan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta semalam.
"Kita sudah menangkap pelakunya," kata jurucakap polis Budi Hermanto, lapor Liputan 6.
Menurut Budi, pihaknya terus membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan.
Sebelum ini, keadaan di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menjadi kecoh dan riuh rendah apabila orang ramai dan pengguna jalan raya melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi menayangkan filem lucah, yang mana tayangan itu berputar selama 20 minit iaitu sekitar jam antara jam 1 tengahari sehingga 2 petang.
Menurut seorang pemandu yang melintasi papan iklan itu, Marwani, mengaku panik apabila melihat tayangan video lucah itu, kerana ketika itu dia sedang membawa anak majikannya yang masih bersekolah.
"Saya cemas, kerana di sebelah saya ada anak bos, saya membawanya pulang dari sekolah, saya jadi binggung bagaimana hendak mengalih perhatiannya," katanya.
Namun, katanya dalam situasi itu, dia terpaksa bertindak kasar dengan anak majikannya itu dengan cara menekan kepalannya supaya tunduk ke bawah.
"Katanya sakit-sakit....saya kata minta maaf kerana terpaksa," ujarnya lagi.
Terdahulu, wakil syarikat papan iklan tersebut dilapor sebagai berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis.
Katanya syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu telah diceroboh serta menafikan ia merupakan perbuatan petugas syarikat berkenaan.
Sumber: Sinar Harian