SUNGAI PETANI - "Kami cuba selamatkan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan, namun dua daripada tiga mangsa yang kami selamatkan sudah tidak bernyawa," kata tekong bot Jamaluddin Hasshim, 66.
Beliau merupakan antara tekong bot terawal yang memberi bantuan selepas sebuah bot penumpang dari Tanjung Dawai menuju Pantai Merdeka yang membawa 12 penumpang serta pengendalinya terbalik.
Kejadian kira-kira pukul 10.38 pagi itu menyebabkan dua penumpang mati lemas manakala 11 yang lain selamat.
Bot itu dilapor terbalik akibat terlanggar tali sauh sebuah bot pukat tunda yang merintasi laluan.
"Saya dalam perjalanan dari Pantai Merdeka untuk mengambil penumpang di Tanjung Dawai dan apabila sampai di tengah laut, saya dapati sebuah bot terbalik.
"Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan apabila sampai, rakan-rakan saya dari bot lain terus mengangkat tiga orang mangsa ke dalam bot saya," kata Jamaluddin kepada pemberita di Jeti Tanjung Dawai.
Beliau menambah beliau bersama empat lagi rakannya cuba memberi bantuan pernafasan kepada dua mangsa namun mereka sudah tidak bernyawa manakala seorang lagi mangsa masih dalam keadaan sedar.
"Selepas itu, kami kembali menuju arah Pantai Merdeka dan menyerahkan ketiga-tiga mangsa kepada pihak bomba," katanya.
Jamaluddin berkata ia merupakan kejadian pertama dialaminya sejak beliau membawa penumpang berulang-alik antara Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka lebih 35 tahun lalu.
"Ia berlaku depan mata dan saya masih terkejut. Bot tunda tersebut sepatutnya tidak boleh membetulkan tali sauh mereka di kawasan laluan bot penumpang lalu kerana risiko kipas dan enjin bot tersangkut pada tali bot lain adalah tinggi," katanya. - Bernama