Terima Padah Cuba Pikat Isteri Orang

RAWANG – Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh cedera ‘dihadiahkan’ penumbuk selepas didapati sengaja menggunakan minyak calit pengasih untuk memikat isteri seorang kakitangan penyelenggara.

Difahamkan lelaki berusia 40-an itu dikesan menyentuh tangan seorang wanita tempatan yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Beruntung di sini.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul, 28, berkata, isterinya sebelum ini mengadu lelaki warga asing terbabit bertindak menyapu minyak pelik di tangannya beberapa minggu lalu.

Menurutnya, isterinya itu baru sebulan bekerja sebagai penyelia di kilang di Bukit Beruntung, di sini.

“Pada mulanya saya tidak mengendahkan keluhan isteri kerana beranggapan sentuhan itu tidak disengajakan ketika kali pertama berlaku,” katanya.

Sumber: myMetro