KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS yang baharu, Hashim Jasin bersedia menggunakan pengalaman luasnya dalam dunia politik bagi menggalas tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah.
Hashim, 77, yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Perlis, berkata tugas yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan baik terutamanya bagi membantu Majlis Syura sama ada dalam soal kepartian atau hukum syarak.
“Saya akan cuba buat semampu mungkin. Sebenarnya saya masih terkejut dengan pelantikan semalam kerana saya sendiri hadir dalam mesyuarat itu dan tidak menjangka akan dilantik.
“Bagi saya, semua dalam Majlis Syura layak menjadi Mursyidul Am kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan tanggungjawab berat selama ini. Dengan jaminan ahli Majlis Syura, kami akan bersedia membantu satu sama lain,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS semalam sebulat suara memilih dan melantik Hashim sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Allahyarham Haron meninggal dunia bulan lepas kerana komplikasi jantung di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat.
Hashim merupakan antara pemimpin PAS paling kanan dan mempunyai kelulusan Ijazah Pertama Sastera Arab dan Perundangan Islam dari Universiti Baghdad Iraq selain pernah menjadi Anggota Parlimen Arau dalam pilihan raya kecil pada 1998, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang (1999 hingga 2013) dan Pesuruhjaya PAS Perlis (1991-2013). – BERNAMA