KUALA LUMPUR – “Ada sesuatu tidak kena. Saya hairan, mengapa sudah banyak bantuan diberikan tetapi mereka masih lagi dalam keadaan daif dan tidak ada perubahan.
“Sedangkan, bukan sekali dua bantuan diberikan. Tetapi, ia telah berlaku sejak bertahun-tahun lamanya. Kalau tidak silap, sudah lebih 20 tahun kita tidak pernah lupa menghulurkan pertolongan kepada mereka.”
Agak tegas nada Pengasas The Telekung Project, Norazila Abd Aziz, 37, ketika ditanya mengenai perkembangan projek pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini ke bumi Kemboja.
Tidak dinafikan, kesengsaraan dan kemiskinan penduduk Melayu Champa di negara itu, telah banyak menarik perhatian ramai pihak termasuklah Malaysia untuk turut serta meringankan beban ditanggung mereka.
Malah, boleh dikatakan apa sahaja bantuan yang hendak diberikan sama ada berbentuk dana mahupun haiwan korban sempena hari raya Haji, buku mahupun perigi untuk pemerolehan sumber air bersih.
Pastinya, mendapat sambutan baik daripada masyarakat kita yang sememangnya terkenal dengan sifat keperihatinan sungguh tinggi. Menariknya, sumbangan itu tidak hanya disalurkan oleh kerajaan tetapi NGO-NGO negara ini yang nampaknya begitu aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan di sana.
Akan tetapi, kehidupan mereka masih lagi di tahap lama sekali gus merungkai seribu satu persoalan akan ‘keberkesanan bantuan’ yang diberikan, jelas Norazila kepada Bernama.
MEREKA BOLEH MAJU
“Kalau anda pergi Kemboja, keadaan orang Melayu sana macam 70-an di Malaysia. Sedangkan, mereka sebenarnya boleh bergerak ke tahap lebih baik,” katanya.
Sepertimana NGO lain, The Telekung Project (TP) juga tidak mahu ketinggalan untuk turut menderma pakaian ibadah wanita kepada masyarakat Islam di sana.
Ini kerana harga telekung yang dijual agak mahal iaitu USD$30 (RM126.42) sepasang, sekali gus menyukarkan mereka untuk memiliki keperluan penting ini memandangkan masih ramai lagi dibelenggu kedaifan hidup.
Melihatnya sebagai satu tanggungjawab sesama umat Islam, TP mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan telekung ke sana selepas mendapati adanya lebihan pakaian ibadah itu untuk didermakan.
“Kami bermula dengan aktiviti mencuci telekung wakaf sejak 2011 dan kemudian berkembang kepada pelbagai program bantuan termasuklah mendermakan telekung kepada anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin.
“Bagaimanapun, sumbangan yang diterima amat menggalakkan sehingga memenuhi ruang tamu rumah. Tidak tahu hendak derma ke mana lagi, kami ambil keputusan menyumbang kepada masyarakat Islam di Kemboja,” katanya.
Bermula sejak 2013, Norazila berkata sumbangan telekung oleh masyarakat Islam negara ini kepada TP telah diagihkan kepada warga Islam Kemboja menerusi pelbagai medium.
Ada menerusi misi kemanusiaan pelajar-pelajar universiti ataupun melalui kerjasama NGO lain. Bagaimanapun, peluang menjejaki negara itu untuk melihat sendiri keadaan bantuan diberikan telah membuatkan ibu kepada dua orang anak ini yakin perlunya ada ‘perubahan’.
PEMBANGUNAN MANUSIA
“Selepas berkunjung ke sana, bergaul dan melihat sendiri situasi mereka, baru saya faham mengapa taraf kehidupan komuniti ini seolah-olah tidak banyak berubah meskipun pelbagai bantuan disalurkan.
“Ini kerana ada yang mempunyai mentaliti ‘takpa, Malaysia akan bantu nanti’, ‘Setiap tahun kan Malaysia bagi bantuan’. Kalau macam ini, sampai bila tidak akan ada peluang untuk berkembang,” ujarnya.
Disebabkan itu, Norazila berkata konsep bantuan yang perlu digerakkan oleh pihak pemberi termasuklah TP perlu bertukar ke arah pendidikan dengan tumpuan khusus kepada pembangunan modal insan.
Ini dapat dilakukan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti mahupun kemahiran kepada masyarakat Melayu Champa yang mana ia boleh membantu mereka dalam penjanaan ekonomi penduduk setempat.
“Sebagai NGO, kita sebenarnya memainkan peranan penting. Bukan sekadar datang dan hulurkan sumbangan, itu sudah dikira cukup. Saya lihat, dalam kalangan NGO sendiri seolah-olah ada perasaan bangga apabila berjaya menghantar bantuan ke luar negara.
“Walhal, peranan NGO atau sukarelawan adalah membuat ‘perubahan’. Mesti ada pencapaian, misalnya daripada kosong tidak tahu apa sehingga mereka mempunyai kemahiran tertentu,” katanya.
Apatah lagi, pembangunan modal insan itu dapat memberi inspirasi kepada generasi muda masyarakat Islam Kemboja untuk berusaha melakukan sesuatu daripada terus dibelenggu kemiskinan.
AJAR TELEKUNG
Atas sebab itu, TP telah mengadakan kelas belajar menjahit telekung pada Julai lepas dan buat permulaan hanya lima wanita sahaja dari Kampung Stueng Thmei, Siam Reap terpilih.
Bagi menjayakannya, guru menjahit, Zaairah Amalludin dibawa khas dari Malaysia termasuklah mesin jahitan sebanyak lima buah hasil sumbangan daripada masyarakat Islam negara ini kepada TP.
“Itu baharu fasa pembelajaran. Saya sewakan satu apartment di sana dan minta cikgu itu ajar mereka menjahit sehingga pandai dan boleh menghasilkan telekung yang selesa mengikut kriteria ditentukan.
“Bermula daripada teknik paling asas seperti potongan kain, rekaan serta jahitan telah diajar. Dalam masa lima hari, mereka sudah boleh menghasilkan 20 pasang telekung,” kata anak kelahiran Pantai Remis, Perak ini.
Bagaimanapun, ilmu yang diperoleh oleh lima wanita ini tidak hanya dikuasai mereka sahaja tetapi bertanggungjawab mengajar rakan lain untuk turut sama memiliki kemahiran menjahit telekung.
TIDAK ADA LAGI SUMBANGAN
Ini kerana, TP tidak akan lagi menyumbang telekung wakaf dari Malaysia ke negara berkenaan. Tetapi, beralih arah kepada membawa bahan-bahan mentah seperti kain, benang dan renda untuk dijadikan telekung oleh masyarakat Islam sana sendiri.
Selain dapat mengurangkan kos kargo, ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya penipuan.
“Hasil siasatan, saya dapati ada telekung wakaf yang disumbangkan oleh TP selama ini untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan telah dijual.
“Ini kerana, saya menghantarkannya kepada orang tengah dan apabila masuk kampung dan berapa kali berpindah tangan, ada tidak jujur dan menjualkannya pula. Sedangkan, kita bagi percuma,” kata Norazila.
PENGELUAR TELEKUNG
Bermula secara berperingkat, bekas cikgu kaunseling ini berkata TP akan ke Kemboja pada bulan November ini bersama bahan jahitan bagi menjayakan misi program yang dinamakan ‘Solat Kit’.
Untuk ini, wanita-wanita berkenaan akan menjahit telekung mengikut jumlah ditetapkan dan kemudian mengagihkannya pula kepada mereka yang layak. Pemantauan akan dilakukan semasa proses agihan bagi memastikan tidak ada unsur-unsur penipuan.
“Untuk sehelai telekung, mereka mendapat upah kira-kira USD$5 (RM21.07). Kalau boleh, kita mahu mereka menghasilkan 500 telekung. Tetapi, sekiranya tidak boleh kita akan bermula secara berfasa. Mungkin fasa pertama, kita minta 100 dulu.
“Tempat untuk diedarkan, kami belum tentukan lagi. Masih dalam perbincangan,” katanya.
Impian wanita ini sangat besar iaitu untuk menjadikan Kemboja sebagai negara pengeluar telekung.
“Kami tahu misi ini jauh lagi perjalanannya. Tetapi, sekurang-kurangnya kami sudah cuba membantu mereka ke arah itu. Kalau mereka dapat hasilkan telekung sendiri, mana tahu kita tidak perlu lagi membeli dari Vietnam yang mana kebanyakannya dibuat oleh mereka bukan muslim.
“Jadi, ini sudah dikira membangunkan ekonomi masyarakat Islam di sana,” katanya. – BERNAMA