KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tony Fernandes dipilih sebagai CEO Terbaik Tahunan syarikat penerbangan oleh Centre For Aviation (CAPA) buat kali ketiga berturut-turut.
Mengulas anugerah itu, Fernandes berkata kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu sudah melalui perjalanan yang jauh sejak kali pertama beliau memenangi anugerah tersebut pada 2004, untuk menjadi syarikat penerbangan ASEAN sepenuhnya.
Beliau berkata menerusi operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan tidak lama lagi di Jepun, syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 200 buah pesawat dan 17,000 petugas.
“Kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara anggota ASEAN dan menerusi Fly-Thru, kami menghubungkan keseluruhan Asia Pasifik, dari Jepun, Korea dan China ke Australia dan New Zealand ke India dan melepasinya, dengan hanya satu hentian. Kami kini terbang terbang sejauh Mauritius,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Anugerah itu disampaikan kepadanya pada Anugerah Penerbangan CAPA bagi Kecemerlangan 2016 di Amsterdam.
Pengerusi Eksekutif CAPA Peter Harbison berkata anugerah itu diberikan kepada Tony sebagai memperakui kejayaan beliau memacu AirAsia meningkatkan keuntungan selain meningkatkan unjuran tahun ini.
Beliau berkata anugerah itu juga mengambil kira modal baharu yang dikumpul menerusi terbitan saham baharu, pengembangan operasi di China, pelancaran semula AirAsia Japan yang akan datang serta pembukaan perniagaan pajakan pesawat, yang dijangka dapat menghasilkan lebih banyak modal dan mengurangkan hutang kumpulan.
“AirAsia kembali di hadapan dalam pasaran Asia yang mencabar, dan Tony sekali lagi menunjukkan beliau antara eksekutif utama dalam industri.
“Operasi yang pada asalnya untuk jarak dekat di Malaysia dan Thailand, sekali lagi menjadikannya antara syarikat penerbangan paling menguntungkan di Asia, manakala Indonesia dan Filipina dijangka kembali mencatat untung pada separuh kedua tahun ini,” katanya.
Beliau berkata AirAsia X juga kembali mencatat keuntungan susulan penstrukturan semula. – BERNAMA