KUANTAN – Isteri mangsa tragedi go-kart, Siti Suhaiza Seman menyerahkan kepada pihak sewajarnya untuk mengambil tindakan terhadap penganjur Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace 2016), Ahad lepas.
Siti Suhaiza, 38, berkata tindakan itu bukan disebabkan dendam atau marah, namun sebagai keadilan atas kematian suaminya Izwan Isa, dan anak bongsunya, Nur Zulaikha, akibat dirempuh sebuah go-kart semasa menonton perlumbaan itu.
Katanya tindakan itu juga sebagai pengajaran kepada penganjur agar lebih menitikberatkan aspek keselamatan dalam acara perlumbaan melibatkan kehadiran orang awam, khususnya mereka yang pertama kali menonton secara langsung.
“Arwah suami seorang yang tegas dalam aspek keselamatan dan beliau sendiri ada menyebut ‘ini tidak selamat untuk kita’ sebelum dirempuh. Lepas ini apa program hendak diadakan, utamakan keselamatan supaya kejadian tidak berulang.
“Saya melaluinya. Orang yang kita sayang, ketua keluarga hilang sekelip mata di depan mata,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib di rumahnya di Astana Permai di sini, semalam.
Pada EIMARace 2016, Izwan, 39, dan Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia manakala Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera semasa menonton perlumbaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.
Kemalangan 11.30 pagi di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, itu dipercayai berpunca apabila salah sebuah go-kart terbabas selepas tiga buah kenderaan jenis berkenaan bergesel sesama sendiri.
Siti Suhaiza berkata acara seumpama itu perlu diadakan di kawasan lebih sesuai pada masa hadapan kerana mereka yang baru pertama kali menonton perlumbaan tersebut ‘naif dalam aspek keselamatan’.
Beliau berkata mereka sudah pasti tidak akan berada di kawasan kemalangan jika dimaklumkan pihak penganjur, sambil mendakwa mereka hanya diminta beralih ke belakang sedikit, dan arahan itu dipatuhi.
Selain itu, Siti Suhaiza yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, merayu supaya Jabatan Pendidikan Pahang dapat memberi tempoh lebih lama kepada beliau kembali stabil sebelum mula bertugas.
“Mental saya belum kuat untuk bertugas. Cuti diberikan kepada saya selama tiga hari. Saya belum bersedia untuk kembali bekerja dalam masa terdekat.
“Saya kena kuatkan mental. Kalau dahulu semuanya berkongsi, namun sekarang semua di bahu saya. Anak (Muhammad Izz Daniel) masih belum tahu apa yang berlaku. Saya kena kuatkan mental untuk beritahu,” katanya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaannya, Siti Suhaiza berkata Muhammad Izz Daniel masih berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kerana masih mengadu sakit.
Selain itu, beliau juga merayu kepada individu yang mempunyai telefon bimbitnya yang hilang semasa kemalangan itu untuk mengembalikan kad sim dan kad memori kerana banyak kenangan bersama suami dan anak di dalamnya.
“Saya berjanji tidak akan marah atau ambil tindakan jika pulangkan telefon. Jika mahu ambil telefon pun tidak mengapa. Saya beri, cuma pulangkan kad memori kerana kenangan yang ada tidak dapat diganti.
“Saya pernah hubungi telefon dan masih berdering. Saya rayu sangat-sangat. Saya berterima kasih kalau pihak yang ada (telefon) saya, pulangkan semula. Jangan takut untuk pulangkan,” katanya.
Sementara itu, Ismail menyampaikan sumbangan RM1,500 sebagai faedah pengurusan jenazah kepada Siti Suhaiza, dan beliau layak menerima pencen penakat berjumlah RM2,000 sebulan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – BERNAMA