KUALA LUMPUR - PAN berkata usul alternatif yang dikemukakan parti itu berhubung usaha memperkasakan mahkamah syariah lebih menyeluruh berbanding usul rang undang-undang (RUU) persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata usul alternatif itu dibawa demi memperkasa keseluruhan sistem di dalam mahkamah syariah dan bukan sekadar Akta 355 saja.
“Usul kita untuk pemerkasaan mahkamah syariah. Usul dia (Hadi) pula untuk meminda RUU Akta 355 supaya mahkamah syariah dapat diperkasakan.
“Ia jelas berbeza dengan pendekatan kita. Banyak yang kita perlu lakukan untuk pemerkasaan syariah. Tentang RUU Akta 355, kita akan kaji,” katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, semalam.
Dalam usul dikemukakan PAN, antara cadangannya ialah pembentukan majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa mahkamah syariah.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyerahkan usul itu minggu lalu dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan Parlimen minggu depan.
Khalid berkata pihaknya tidak dapat menyatakan pendirian terhadap usul presiden PAS kerana sehingga kini masih tidak mendapat sebarang penjelasan mengenainya secara terperinci.
“Kami tidak boleh buat pendirian, kerana dia (Hadi) tidak jelaskan. Kami sendiri tidak tahu kenapa dia buat cadangan itu.
“Apa yang kita tahu dan anda semua tahu, jika tidak sokong anda akan terkeluar dari Islam,” katanya.
Usul yang dibawa Hadi bertujuan menambah bidang kuasa mahkamah syariah kecuali yang melibatkan hukuman mati.
Pengkritik usul berkenaan bimbang jika usul Hadi diluluskan, ia akan membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di negara ini.
Sumber: FMT