“TUAN-TUAN! Jika ada cubaan jahat jin mahu mengganggu atau sesiapa mahu menyihir kita, pasti Allah akan jadikannya sia-sia. Usaha jahat mereka akan hancur bak debu berterbangan. Amalkan ayat ini:
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” (al-Furqan [25:23]).
Pernah seorang ustaz yang muncul dalam televisyen mengajar “cara guna” ayat tersebut. Saya menunggu sehingga akhir rancangan mengharapkannya menerangkan maksud sebenar yang Allah mahukan pada ayat itu, tapi hampa.
Boleh jadi para penonton yang menyaksikan rancangan itu terus mengatakan “Ini ayat halau hantu dan penghalang sihir.” Jika ditanya apa maksud sebenar ayat tersebut? Mungkin ada yang menjawab: “Saya tak peduli asal saya dapat ayat ajaib untuk halau hantu itu sudah cukup bagi saya.”
Pernah sekali selepas kelas tafsir saya, seorang wanita meminta pengesahan tentang ayat sakit pinggang. Ada ustazah yang ajar katanya:

“Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?.” (al-Syu’ara’ [26:130]).
Saya tanya, “Apa cerita sebenar di sebalik ayat ini? Apa yang Allah mahu kita faham di sebalik ayat ini?” Dia menjawab: “Saya tak tahu, tapi ustazah itu kata ia ubat sakit pinggang.”
TUNAIKAN HAK ALLAH
Saya bukan tidak setuju dengan khasiat ayat al-Quran sebagai penawar fizikal, tetapi hak Allah pada sesuatu ayat perlu terlebih dahulu diutamakan.
Bagaimana? Mudah sahaja, kita perlu terlebih dahulu memahami ayat tersebut mengikut maknanya yang asal atau memahami mesej sebenar yang Allah mahu kita faham. Ayuh kita buat analisis terhadap dua ayat yang dinyatakan di atas.
1. Ayat pertama yang didakwa sebagai ayat pemusnah rancangan jahat musuh daripada surah al-Furqan menceritakan perihal amal kebajikan orang tidak beriman tidak diterima oleh Allah di akhirat kelak. Walau sebanyak mana amal kebajikan mereka, ia ditiup langsung menjadi debu. Banyak ayat lain menjelaskan isu ini, antaranya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang paling rugi amal perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. Merekalah orang yang kufur ingkar akan ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-Ku dan Rasul-Ku sebagai bahan ejekan.” (al-Kahfi [18:103-106]).
Kita juga boleh melihat ulasan yang sama dalam (Ali ‘Imran [3:10-11, 116-117]). Lalu kita mungkin tertanya-tanya mengapa pula ayat 23 surah al-Furqan itu didakwa mampu “memusnah-debukan” amalan jahat orang lain terhadap kita? Nampaknya kita harus berfikir panjang barulah dapat mengaitkan makna ayat ini dengan khasiat yang didakwa si ustaz.
2. Ayat kedua yang didakwa pengubat sakit pinggang daripada surah al-Syuara pula menceritakan perangai buruk kaum ‘Ad yang suka menindas orang lain. Bagi memahami ayat ini kita perlu lihat kisah Nabi Hud a.s. dalam surah ini bermula daripada ayat 121 sehingga 141.
Ini cara lebih adil berinteraksi dengan ayat al-Quran. Ayat itu menceritakan tabiat penindas kaum ‘Ad yang dikurniakan Allah fizikal lebih besar berbanding bangsa lain. Firman Allah:

“(Nabi Hud menasihati kaum ‘Ad dengan katanya): Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, melalui seorang lelaki daripada golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu pengganti sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.” (al-A’raf [7:69]).
Setelah memahami ayat “sakit pinggang” di atas dalam maksud sebenar yang Allah mahu, kita sepatutnya berazam sepenuh hati untuk tidak menindas orang lain dengan sedikit pinjaman kuasa yang Allah berikan pada kita dan bukan hanya membacanya untuk merawat pinggang yang sakit.
Pengajaran dan kesimpulan
1. Sesuatu ayat al-Quran perlu difahami mengikut konteks asal yang mahu disampaikan Allah terlebih dahulu sebelum dibawa kepada makna lain. Caranya dengan memahami keseluruhan kisah. Rujuk kepada ayat sebelum dan selepas.
Adab ini sepatutnya dibawa oleh orang agama yang berinteraksi dengan al-Quran agar ia benar-benar menjadi kitab petunjuk (al-Baqarah[2:2]) dan bukannya hanya kitab jampi atau azimat.
2. Ayat al-Quran boleh digunakan untuk perubatan fizikal atas umum al-Quran adalah penawar untuk manusia (Yunus [10:57], al-Isra’ [17:82], Fussilat [41:44). Ia juga diakui oleh ramai ulama seperti Imam al-Suyuti dalam kitabnya, al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran di bawah bab Khawas al-Quran (Khasiat al-Quran). Pun begitu, keberkesanan sesuatu ayat berkait rapat kepada kualiti yakin dan iman si pembaca sebagaimana kisah ini:
“Pada suatu hari Abdullah Ibn Mas’ud bertemu dengan seorang lelaki yang ditimpa penyakit. Beliau membacakan ayat (al-Mukminun[23:115-118]) dan lelaki tersebut sembuh daripada sakitnya. Beliau kemudiannya menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Ayat apakah yang engkau bacakan pada telinganya? Rasulullah SAW lalu bersabda: “Demi yang jiwaku berada pada tangan (kuasa)-Nya, sekiranya seorang lelaki yang yakin (dengan mukjizat al-Quran) membacanya (walaupun) kepada bukit sekalipun, sudah pasti bukit tersebut akan hilang (hancur).” (Tafsir Ibn Kathir).
3. Kita perlu menggalakkan orang awam agar berdamping dengan al-Quran secara betul iaitu membaca, memahami maksud sebenar sesuatu ayat dan menyarankan mereka agar meningkatkan ilmu, amal, takwa dan iman agar kemujaraban ayat al-Quran berkesan pada jiwa dan fizikal kita.
Ayuh kita ubah cara fikir dan interaksi dengan al-Quran agar ia benar-benar menjadi penawar hati dan fizikal. Selepas ini jika ada yang mengajar ayat ini gunanya untuk khasiat itu dan ini, lihat dahulu apa maksud sebenar ayat tersebut kerana itulah adab yang betul untuk hidup dengan al-Quran.
Al-Quran adalah kalam Allah yang suci. Ia diperjuangkan sampai mati oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Jika ia hanya sekadar ayat penghalau hantu atau pengubat sakit pinggang, maka perjuangan Rasulullah dan sahabat seakan begitu murah.
Sumber: Utusan