GIMNAS Britain, Louis Smith yang menghina umat Islam dengan mempersenda ritual ibadah solat lima waktu akhirnya tampil membuat permohonan maaf atas tindakan biadapnya itu.
Video Louis dan rakan gimnasnya, Luke Carson menghina solat menjadi viral selepas ia tersebar menerusi Internet, baru-baru ini.
Dalam video itu, Louis mengejek sebutan ‘Allahu Akbar’ sebelum Luke meniru aksi bersujud.
Dalam permohonon maaf yang dilayangkan di Twitter, Louis berkata: “Saya mohon maaf susulan video tersebut. Saya bukan ingin mempertahankan diri saya, saya akui ia memang salah.”
Sementara itu, Persatuan Gimnastik Britan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
“Persatuan Gimnastik tidak menyokong sebarang perlakuan menghina kepercayaan dan agama lain serta berasa malu dengan perlakuan tersebut,” kata wakil persatuan tersebut.
Louis sebelum ini pernah tiga kali mewakili Britain dalam temasya sukan Olimpik. – Kedahnews.com