VIDEO: Lelaki Hina Pemandu Lori Diam Kena "Sekolah"


TERDIAM malu jadinya seorang pemuda apabila didesak untuk memohon maaf secara terbuka gara-gara mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap golongan pemandu lori di laman Facebook.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu menunjukkan, Herul Azmi, didesak sekumpulan lelaki yang dipercayai pemandu lori memintanya agar melakukan permohonan maaf secara terbuka di sebuah restoran selepas kenyataan penghinaannya itu viral di media sosial.

“Kalau awak minta maaf secara umum, maknanya masalah ini selesai. Inilah jalan yang terbaik pihak kami (golongan pemandu lori) yang dapat bantu awak.

“Awak minta maaf dan terus tutup kes. Inilah caranya nak stopkan awak punya viral,” kata seorang lelaki yang berada berhampiran Herul.


Bagaimanapun, Herul dilihat enggan membuat permohonan maaf sekiranya situasi itu dirakam atas alasa malu. Lantas, membuatkan seorang lelaki disebelah kiranya tidak puas hati.

“Berapa banyak permintaan kau, kau malu ke apa. Habis orang lain tak tahu malu? Kau jangan sampai aku hilang sabar kang, tumbuh tanduk aku,” kata lelaki berusia lewat 40’an berkenaan.

Herul Azmi beberapa hari lalu telah memuat mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap golongan pemandu lori dan statusnya itu itu telah menimbulkan kemarahan pemandu lori seluruh Malaysia.


Menurut Azmi, dia menyifatkan kesemua pemandu lori di negara adalah sampah masyarakat, sial dan anak pelacur.

“Saya kesal baca komen individu itu, dia guna perkataan yang tak sepatutnya serta memaki hamun sampai babitkan ahli keluarga,” kata seorang pemandu lori di laman Facebook. –Kedahnews.com