Wak Doyok Mengaku Putus Cinta Dengan Azrinaz


SEBELUM ini, ada desas-desus menyatakan ikon fesyen, Wak Doyok dengan personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim telah berpisah.

Gosip itu muncul selepas Wak Doyok dikatakan telah memadam posting ucapan hari jadi untuk Azrinaz pada 23 September lalu.

Lebih panas, Wak Doyok turut memuat naik status di laman sosial Twitter yang menggambarkan situasi seolah-olah baru putus cinta.

Tidak mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status hubungannya itu, Wak Doyok mengesahkan sudah berpisah dengan Azrinaz.

Menurut Wak Doyok, punca hubungan cinta mereka putus kerana sudah tiada persefahaman.

Dalam pada itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md. Nor, 37, berkata, walaupun berdepan dengan saat sukar seperti itu namun dia tenang menghadapinya.

 “Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa.

“Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan,” katanya kepada BH Online.

Menjawab persoalan peminat selama ini tentang berita bertunangannya yang tersebar Julai lalu, Wak Doyok berkata, itu hanyalah khabar angin semata-mata. – Kedahnews.com