ALOR SETAR - Nasib sebuah keluarga dari Pondok Tasak, Langgar, di sini, umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila kornea mata anak sulung mereka didakwa ditutupi selaput selepas disahkan menghidap leukemia.
Malah, berat kanak-kanak berusia 2 tahun 2 bulan itu, Muhammad Fazzren Isqandar turun mendadak dari 15 kilogram (kg) kepada 7.7kg dalam tempoh tiga bulan selepas jatuh sakit.
Bapanya, Mohd Firdaus Ismail, 32, berkata, anak lelakinya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan disahkan menghidap leukemia selepas jatuh sakit pada Ogos lepas.
“Fazzren pernah jatuh sakit pada Mac, tetapi sembuh semula. Namun, dia menunjukkan simptom sama pada Ogos lalu secara tiba-tiba. Apabila diperiksa, dia disahkan hidap leukemia sebelum dibawa menjalani rawatan kemoterapi lebih kurang 13 kali di Hospital Pulau Pinang,” katanya.
Menurut Mohd Firdaus, sejak itu mereka berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas kesihatan anaknya itu makin merosot dan tidak lalu makan.
“Setiap bulan saya terpaksa ambil cuti untuk hantar Fazzren dan isteri ke hospital, selain beri sepenuh perhatian untuk menjaganya,” katanya.
Katanya, Fazzren dimasukkan semula ke wad apabila mata kanannya tidak boleh dibuka dipercayai ditutupi selaput, malah ditumbuhi ulser sejak Ahad lalu.
Tambahnya, dia buntu memikirkan keadaan itu, apatah lagi mencari dana untuk menampung keperluan Fazreen yang mencecah RM700 seminggu.
Sementara itu, isterinya, Noormalawaty Baharom, 27, berkata, dia tidak bekerja dan bergantung kepada pendapatan suami sebagai pemandu jentera berat sekitar RM1,000.
Bagaimanapun katanya, pendapatan suaminya itu tidak mencukupi, terutama bagi menampung keperluan Fazzren seperti susu, lampin pakai buang dan kos pengangkutan.
Menurutnya, dia perlu beri sepenuh perhatian kepada Fazreen sehingga terpaksa menyerah anak kedua, Nur Fazzrena Az Zahra, 10 bulan, kepada keluarga buat sementara waktu.
Kisah Fazzren itu dipaparkan menerusi akaun Facebook bapanya sejak kelmarin, yang dapat perhatian netizen dan dikongsi 4,753 kali.
Orang awam yang berhasrat meringankan beban keluarga Fazzren, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 152023551949 atas nama ibunya mahupun akaun CIMB 7047781722 atau 02110036451524 atas nama bapanya.
Sumber: Sinar Harian