JAKARTA – Sebaik polis memulakan siasatan terhadap penyandang Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok semalam, sekumpulan penyokong Presiden Joko Widodo turut membuat laporan polis terhadap artis popular Ahmad Dhani yang didakwa telah menghina presiden.
Penyokong Joko yang dikenali sebagai Laskar Relawan Jokowi membuat laporan di balai polis Metro Jaya di sini pagi ini, mendakwa penyanyi kumpulan Dewa itu telah mengeluarkan kata-kata kesat yang menghina presiden di hadapan orang ramai ketika menyertai demonstrasi pada Jumaat lepas.
Ketua kumpulan itu Riano Oscha berkata beliau turut menyerahkan bukti rakaman video ucapan Ahmad Dhani kepada polis bagi menyiasat mengenai dakwaan menghina Joko atau lebih mesra dipanggil Jokowi.
Ahmad Dhani antara beberapa artis yang menyertai perhimpunan lebih 100,000 umat Islam pada Jumaat lepas bagi membantah Ahok kerana disifatkan sebagai penista agama.
“Terus terang kami semua tersinggung dengan perkataan dia (Ahmad Dhani) yang tidak beradab, keterlaluan yang menyebut presiden dengan kata-kata yang tidak sepatutnya,” kata Riano seperti dipetik oleh media-media dalam talian tempatan.
Ahmad Dhani yang juga pencipta lagu dan turut popular di Malaysia akan bertanding sebagai Timbalan Pegawai Daerah (Wakil Bupati) bagi kawasan Bekasi pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017.
Riano berkata, mereka akan mendesak pihak berwajib menyiasat Ahmad Dhani di bawah undang-undang menghina negara kerana presiden adalah simbol negara.
Sementara itu, Ahok dilaporkan hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Polis di sini pada kira-kira 9 pagi bagi membantu siasatan.
Pada perjumpaan dengan pengundi di Pulau Seribu bulan lepas, Ahok dalam ucapannya didakwa meminta umat Islam tidak terpedaya dengan pihak menggunakan surah Al-Maidah dalam al Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.
Kelmarin Ahok menyatakan dirinya telah difitnah oleh pihak tertentu yang memotong dan menyunting klip video ucapannya dan disebarkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam.
Ahok akan mempertahankan jawatannya pada Pilkada 2017 dan dicabar oleh Anies Bsawedan dan Agus Harimurti Yudhoyono. – BERNAMA