Akhirnya Dira Abu Zahar Akui Bercerai, Selesai Cara Baik


SETELAH sekian lama berteka-teki tentang status rumah tangganya, pelakon Dira Abu Zahar akhirnya akui dia telah pun bercerai dengan suaminya, Helmi Yusof.

Kata Dira, keputusan perpisahan itu dilakukan dengan baik dan dia tidak bermusuh dengan bekas suaminya yang juga pengarah filem itu.

Menurut Zira, dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan Helmi sejak enam bulan lalu.

“Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik.

“Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya.

“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara, tidak perlu disensasikan lagi,” ujarnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambahnya, sebelum ini, dia merahsiakan status penceraiannya kerana sudah sepakat dengan bekas suaminya.

Pun  begitu, kerana dirinya seorang selebriti dan dia enggan menimbulkan fitnah kemudian hari membuatkan dia mendedahkan hal itu.

Difahamkan, Dira kini sedang menunggu keputusan mahkamah berkenaan urusan penceraiannya.

Terdahulu, heboh apabila sebuah portal hiburan mendakwa Helmi dan Dira sudah bercerai pada awal Ramadan lalu. Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental 2. –Kedahnews.com