Alas Kaki Bendera PAS Cetus Kemarahan Penyokong


SEBUAH pasar raya di Sabah yang didakwa menjual alas kaki berwarna hijau seakan-akan mirip bendera Parti Islam Semalaysia (Pas) telah mencetuskan kemarahan di kalangan ahlinya di laman sosial.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bakhri Mamat menerusi perkongsian gambar di laman Facebook menyatakan pasaraya itu seakan sengaja membuat provokasi kepada ahli dan penyokong parti itu di seluruh negara.

Beliau turut meminta pihak pasaraya tersebut untuk tampil memberi penjelasan sebelum tindakan undang-undang dikenakan.

“Saya mengharapkan Pasaraya Giant Tawau memberi penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh kesah dengannya alas kaki berkenaan,” katanya.


Menerusi gambar, alas kaki berwarna hijau dengan bulatan berwarna putih itu dipegang oleh salah seorang lelaki yang memakai baju t-shirt ARC (Alternative Riding Club), sebuah kelab motorsikal yang ditubuhkan oleh Sayap Pemuda PAS.


Pasaraya seperti Giant seharusnya lebih sensitif dan peka sewaktu menyemak stok jualan.  Logo atau lambang persatuan ‘masak-memasak’ sekalipun sebenarnya tidak boleh dijadikan alas kaki, apatah lagi lambang parti politik.

Bila lambang parti dihina sebegini, penyokong parti mana pun akan marah kerana ia dianggap seperti tidak menghormati sekali gus membuatkan mereka rasa terhina dengan perkara itu. –Kedahnews.com