KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memberi jaminan untuk memikul tanggungjawab menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan 'black money' yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS dan Daesh.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kegiatan gelap menerusi jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan orang, senjata dan dadah seharusnya dibendung.
Ini kerana katanya, dikhuatiri wang hasil kegiatan itu disalurkan untuk membiayai pergerakan IS dan Daesh yang boleh mengancam keselamatan negara.
"Jika dahulu jenayah rentas sempadan lebih kepada tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Jika ia sampai ke tangan militan IS dan Daesh, ini dah masuk dalam tanggungjawab kita di peringkat Kementerian Pertahanan.
"Ini merupakan kebimbangan terbesar kita, perlu dilihat bagaimana untuk memastikan dana yang diperoleh menerusi aktiviti perjudian dan penyeludupan haram tidak sampai ke tangan pengganas-pengganas di rantau kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand Ke-53 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, Khamis.
Turut hadir rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon.
Hishammuddin berkata, salah satu cara untuk membendung jenayah rentas sempadan ini adalah menerusi perkongsian maklumat dengan pihak luar terutama negara-negara jiran dan serantau.
"Apa yang paling penting adalah kita perlu mengadakan hubungan dua hala, tiga hala dan serantau dengan mengadakan perkongsian maklumat," katanya.
Sumber: mStar