Anggota Polis Dipecat Sebab Hina Isteri Presiden AS

Joel Husk
ALABAMA - Seorang anggota polis dipecat Rabu lepas selepas didapati memuat naik perkongsian bersifat rasis yang merujuk kepada Michelle Obama.

Laporan Dailymail mengatakan Joel Husk, 37 memuat naik perkongsian 'lawak' yang mengatakan 'Melanie Trump fasih dalam bahasa Slovenia, Inggeris, perancis, Serbia dan German'.

Dalam perkongsian tersebut juga menulis 'Michelle fasih berbahasa 'ghetto' (gangster)'.

Datuk Bandar Talladega, Patrick Bryant berkata muat naik kenyataan berkenaan melanggar polisi polis dan media sosial.

"Kami tidak bertolak ansur dengan kelakuan sebegini," kata Patrick.

Sumber: Sinar Harian