Kok Kwee, (dua,kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada program |
ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati nelayan agar memakai jaket keselamatan setiap kali turun ke laut terutamanya ketika cuaca buruk.
Pengarah Maritim Wilayah Utara , Wilayah Maritim Utara (APMM), Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, memakai jaket keselamatan ketika di laut memberi lebih peluang untuk mereka selamat sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
“Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi dan banyak kes mati lemas yang berlaku sebelum ini, melibatkan nelayan yang tidak memakai jaket keselamatan dan tidak pandai berenang.
“Sebenarnya jaket keselamatan membantu mereka untuk terus terapung di permukaan air dalam jangka masa dua hingga tiga hari bergantung atas kualiti jaket dan keadaan ini membolehkan kita menjalankan gerakan menyelamat dengan cepat,” katanya pada media, kelmarin.
Menurutnya, di samping itu nelayan juga diharap dapat menjadi mata dan telinga pihak APMM .
“Mereka selalu di laut dan diharap dapat menyalurkan maklumat kepada APMM sekiranya mendapati terdapat kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kawasan perairan.
Katanya, APMM akan tingkatkan pemantauan sepanjang November dan Disember di kawasan perairan sebagai langkah kawalan kemasukan bot dari Rohingya.
“Pemantauan berjalan seperti biasa.Kita belum mendapat apa-apa maklumat, tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya terdapat maklumat kemasukan bot-bot terbabit di perairan negara,” katanya.
Terdahulu, Kok Kwee merasmikan Program Sahabat Maritim Peringkat Daerah Maritim 1 Langkawi yang berlangsung di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kangkong, semalam.
APMM turut menyumbangkan 10 helai jaket keselamatan kepada komuniti nelayan di situ.
Sumber: Sinar Harian