Kia Fatt (kanan) melihat keadaan Muhammad Khairy Irfan Haniff yang lemah dan tidak bermaya akibat penyakit yang dihadapi. |
SUNGAI PETANI – Seorang bayi berusia 18 bulan memerlukan dana RM85,000 segera bagi menjalani pembedahan yang dijadualkan berlangsung di Bangalore, India, dalam masa terdekat.
Adik Muhammad Khairy Irfan Haniff, menderita sejak lahir apabila otaknya dipercayai mengandungi lebihan cecair sehingga menyebabkan kepalanya membengkak.
Kedua-dua ibu bapanya, Nor Hayati Hussain, 34, dan Khairil Fadzillah Abd Hamid, 38, merayu seluruh rakyat Malaysia membantu mencukupkan dana sasaran sebanyak itu sebelum mereka bertolak ke negara tersebut dalam tempoh dua hari sahaja lagi iaitu 9 November 2016.
Nor Hayati berkata, hasil pemeriksaan terkini pula menunjukkan jantung anak bongsu dari empat beradik itu berlubang dan perlu rawatan segera selain berisiko terkena sawan tarik apabila berhadapan keadaan terlampau panas dan sebaliknya.
Menurutnya, pendapatan mereka suami isteri yang berniaga makanan dan makan gaji tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dalam tempoh singkat, sedangkan sudah membelanjakan ribuan ringgit bagi mengubati penyakit anak mereka.
“Dia hanya makan nasi yang dikisar halus dan minum susu khas jenama Pediasure untuk mendapatkan keperluan secukupnya.
"Kami juga menyediakan kos ubat-ubatan mencecah RM200 hingga RM300 seminggu,” katanya.
Khairil Fadzillah dalam masa sama menyatakan rasa terharu dengan kehadiran Persatuan Kebajikan Chowchitmothor Pulau Pinang (berdaftar atas nama Per Keb Chowchitmothor PP) ke rumah mereka di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dan menguruskan pemeriksaan ke MediAssist 4 U sebelum dibedah.
“Mereka juga akan berurusan dengan hospital pakar di Bangalore, India selain menyediakan kelengkapan sebelum bertolak seperti visa dan pasport.
“Alhamdulillah biarpun berlainan bangsa dan agama, namun bantuan yang dihulurkan kami sambut dengan penuh harapan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Per Keb Chowchitmothor PP, Wong Kia Fatt berkata, pihaknya menyalurkan RM30,000 kepada anak pasangan itu berdasarkan lebihan dana terkumpul sebelum ini bagi membantu kanak-kanak lain yang telah selesai pembedahan.
“Tiada apa yang diharapkan, cuma mahu dia boleh sembuh dan itu pasti memberi sesuatu yang bermakna kepada keluarga,” katanya.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Public Bank Berhad Per Keb Chowchitmothor PP bernombor 31989 63927 atau boleh hubungi talian 018-4705389.
Sumber: Sinar Harian