Belia Darulaman Gesa Malaysia Bertegas Pada Myanmar


Bukan setakat menarik diri daripada pertandingan Piala AFF, malahan Malaysia perlu bertindak lebiih drastik bagi menyuarakan bantahan terhadap kekejaman kerajaan Myanmar kepada penuduk Rohingya

Kelab Belia Darulaman mencadangkan Malaysia menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar dan sekiranya tindakan itu tidak berhasil,  langkah seterusnya adalah memanggil balik duta di Myanmar dan menghantar pulang duta Myanmar di Negara ini.

Pengerusi Kelab Belia Darulaman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata langkah terakhir ialah memboikot hubungan dagang dengan Myanmar dan menghantar pulang semua pekerja Myanmar yang berada di negara ini.

”Pihak kami yakin dengan ketegasan tindakan sebegini sahaja dan hasil kerjasama masyarakat antarabangsa yg lain boleh meningkatkan tekanan kepada regim tentera Myanmar agar dapat mereka hentikan pembunuhan yg kejam sepertimana yg berlaku sekarang ini,” katanya di sini, hari ini.

Kelab itu itu juga menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin yang mahu mengusulkan supaya pasukan Harimau Malaya menarik diri daripada pertandingan Piala AFF yang sedang berlangsung di Rangon, Myanmar.

Katanya kekejaman regim junta tentera yang bersikap tidak berperikemanusiaan dengan berlakunya penghapusan  etnik Rohingnya adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima dalam sejarah tamadun manusia.

Beliau berkata  Myanmar bukan sahaja mencabuli prinsip keadilan sejagat malah langsung tidak menjaga sensitiviti rakan negara Asean yg turut mempunyai penganut Islam yg ramai.

“Kita tidak boleh melihat dan berkompromi dengan tindakan sedemikian. Walaupun Negara Asean mengamalkan dasar tidak campurtangan urusan dalaman negara ahli lain, namun kali ini dasar itu perlu dinilai semula”.

“Malaysia boleh mengetuai negara Asean yang lain memberi tekanan kepada Myanmar agar tindak tanduk regim Myanmar yang berterusan mencabuli prinsip ketamadunan dan hak asasi manusia ditamatkan,” katanya. -Kedahnewws.com