KUALA LUMPUR – Mana-mana parti yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub berkata, itu adalah janji setia bersama Pakatan Harapan sebelum ini untuk memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Mana-mana parti yang ingin bersama dengan Pakatan Harapan harus bersetuju dengan perjanjian tersebut. Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri,” kata beliau dalam satu ceramah kelmarin.
Justeru, Salahuddin memberi peringatan kepada semua parti gabungan Pakatan Harapan supaya tidak mengkhianti perjanjian setia tersebut.
Bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak bulan lalu dipergunakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk memujuk PAS kembali menyertai pakatan pembangkang.
Muhyiddin yang kini menjadi Presiden PPBM bertindak demikian atas kapasiti kerjasama parti itu yang turut dipimpin mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan.
Usaha PKR dan DAP untuk memujuk PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang bagaimanapun menimbulkan suasana kurang senang ke atas PAN yang ditubuhkan bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan. – Kedahnews.com