KUALA LUMPUR - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.
"Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.
"Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu," katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini, Isnin.
Menurut laporan media, satu kumpulan asing dipengerusikan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.
Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.
"Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan," katanya. - Bernama