KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyindir pihak yang berang dengan beliau hanya kerana menasihati bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad supaya kembali ke tikar sejadah.
Kata beliau, golongan berkenaan sebelum ini sangat seronok dan ketawa besar apabila Mahathir mengutuk penyokong PAS sebagai pemakan dedak tetapi mereka bertukar menjadi senak perut dan berang hanya apabila disebut tentang sejadah.
“Orang yang seronok dan ketawa bila Tun Mahathir kata PAS makan dedak UMNO, orang itulah yang senak perut dan berang bila saya minta Tun Mahathir kembali ke tikar sejadah. Mereka memilih berjuang dengan membina kebatilan baru,” sindirnya dalam satu kenyataan media semalam.
Nik Mohamad Abduh dikecam teruk oleh penyokong Pakatan Harapan dan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gara-gara Ketua Pemuda PAS itu menasihati Mahathir supaya menghabiskan sisa hidupnya dengan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Kelmarin, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Mahathir sejak kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri satu waktu dahulu.
Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik negara.
“Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama.
“Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan,” kata Nik Mohamad Abduh.

Ulasan Nik Mohamad Abduh mengenai sikap terkini Mahathir kerana kepentingan peribadi itu membuatkan orang kanannya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa bahawa PAS adalah ahli neraka, manakala Pakatan Harapan ahli syurga.
“Biarlah Nik Abduh pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan nak pilih ke jalan syurga firdausi,” kata Khairuddin.
Pakatan Harapan kini menjalin kerjasama longgar dengan PPBM bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan sendiri. -Kedahnews.com