Tertuduh, Nurin (tengah) didenda RM25,000. |
ALOR SETAR - Seorang gadis didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, kelmarin, selepas menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel, di sini, pada Jun lepas.
Nurin Syazwina Nishamuddin, 21, yang tidak memiliki tauliah didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira jam 2.20 petang pada 26 Jun lalu di salah sebuah hotel di negeri ini.
Berdasarkan pertuduhan, gadis berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Sesyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 568).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, pada sebutan kes 13 Oktober lepas, tertuduh membuat pengakuan bersalah atas kesalahan terbabit dan mohon penangguhan tarikh hukuman.
Dalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan (KKM), Nurul Khairiyah Shamsudin, tertuduh merayu hukuman diringankan.
Tertuduh yang mengaku bersalah memohon dikenakan denda sebanyak RM10,000 atas kesalahan.
Berdasarkan rundingan antara kedua pihak, Hakim Najwa Che Mat kemudiannya menetapkan tertuduh perlu membayar denda sebanyak RM25,000.
Terdahulu, dia didakwa melakukan kesalahan terbabit ketika serbuan dijalankan pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Jabatan Kesihatan negeri membabitkan Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Difahamkan, tertuduh menawarkan perkhidmatan terbabit kepada pelanggan yang telah membuat temu janji secara talian melalui aplikasi WhatsApp dengan tertuduh.
Ketika pemeriksaan di sebuah premis disyaki beroperasi tanpa berdaftar dengan KKM itu, seorang pelanggan didapati sedang mendapatkan rawatan pemasangan pendakap gigi daripada tertuduh.
Malah, pesakit terbabit sedang berbaring di atas katil bilik hotel terbabit dipercayai sedang mendapatkan rawatan dari gadis itu.
Sumber: Sinar Harian