MELIHAT keserasian pelakon Fattah Amin dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, mungkin ramai peminat hiburan mendambakan pasangan ini menjalinkan hubungan cinta.
Ini mungkin berita baik kerana Fattah mengakui masih lagi berhubung rapat dengan Neelofa, meskipun penggambaran dan tayangan Suri Hati Mr. Pilot telah tamat.
Tidak sekadar itu, Fattah memberitahu, mereka juga ada keluar bersama-sama.
“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Fattah menjelaskan hubungan itu diteruskan berikutan ada permintaan untuk mereka menghadiri majlis bersama-sama untuk drama popular itu.
Selain itu, mereka juga masih lagi perlu memenuhi beberapa undangan dan acara bertemu peminat drama Suri Hati Mr. Pilot termasuk di Brunei.
Ditanya mengenai kemesraan yang terjalin antara dirinya dengan Neelofa, pelakon kacak ini memberitahu, dia hanya menyerahkan soal jodohnya kepada Tuhan.
“Terima kasih kerana menyukai lakonan kami. Saya amat menghargainya. Kalau ditanya mengenai perkara lebih daripada itu, saya sendiri sukar untuk mengatakannya. Soal jodoh saya serahkan kepada Allah,” katanya.
Sebelum ini, pengarah drama tersebut Michael Ang mendedahkan Fattah dan Neelofa sememangnya menjalinkan hubungan cinta di lokasi. Namun, dia tidak mengetahui sekiranya hubungan itu berlanjutan di luar set. –Kedahnews.com