Peserta berhimpun membantah kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak. |
SUNGAI PETANI - Lebih 15 peserta terdiri daripada gabungan Pakatan Harapan (PKR, PAN dan DAP) hadir membantah kenaikan harga bahan api dan minyak masak secara serentak mulai dua hari lalu.
Kesemua peserta berkumpul di Dataran Jam Besar Sungai Petani bermula jam 5 petang bagi menyatakan sokongan terhadap flash mob dengan memegang nota bantahan kenaikan harga minyak masak dan bahan api.
Adun Lunas, Azman Nasrudin berkata, kenaikan harga runcit RON95, RON97 dan diesel sebanyak 15 sen seliter, menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.
“Pada masa sama, rakyat juga dibebankan dengan kenaikan harga minyak masak akibat pemansuhan subsidi kerajaan. Hal ini menyebabkan harga satu kilogram minyak masak paket naik 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol lima kilogram naik RM1.90 kepada RM15.25,” katanya.
Azman berkata, sekiranya harga bahan api meningkat kepada paras sekali ganda AS$ 82 setong, adakah kerajaan akan mengenakan harga bahan api kepada lebih RM3 hingga RM3.50 seliter tanpa memberi subsidi?
“Kalau inilah yang berlaku, saya rasa ini adalah satu malang yang menimpa rakyat sebab hari ini mungkin kita masih boleh bertahan dengan harga bahan api yang masih rendah, kalau harga naik tanpa subsidi, sudah tentu akan membebankan rakyat.
“Skandal 1MDB yang masih belum selesai menyebabkan pelabur hilang keyakinan hingga nilai ringgit jatuh.
“Penyelesaian untuk memulihkan kejatuhan ringgit dengan segera selesaikan skandal 1MDB, yang mana orang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin untuk memulihkan imej negara,” katanya ketika menghadiri flash mob tersebut, kelmarin.
Beliau berkata, bantahan pihaknya mewakili suara rakyat yang mengadu kepada wakil rakyat yang masih belum merasai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi terpaksa membayar lebih untuk tanggung peningkatan kos minyak.
“Kita juga akan adakan beberapa bantahan susulan yang lebih tersusun sehingga perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini bagi memaklumkan rakyat bersedia menukar kerajaan sedia ada,”katanya.
Sementara itu, Adun Bakar Arang, Ooi Tze Min turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak masak diikuti petrol, yang akan memberi impak kepada harga keperluan lain yang turut meningkat.
Menurutnya, kenaikan harga minyak masak hampir 60 peratus akan memberi impak besar dan secara tidak langsung harga makanan dijual di gerai dan restoran juga akan meningkat.
“Ini disebabkan peniaga tidak mungkin akan menanggung kenaikan harga ini. Mereka akan menaikkan harga makanan, jadi kerajaan sepatutnya mengkaji semula dalam meringankan beban rakyat jelata,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, penganjuran flash mob itu tidak mendapat permit polis untuk perhimpunan.
Sumber: Sinar Harian