Nur Syarifah pulang ke pangkuan keluarga setelah suaminya jatuh sakit dan meninggal dunia. |
YAN - Seorang ibu muda di sini bukan sahaja kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung, malah turut menjadi tulang belakang keluarga apabila terpaksa menggunakan pencen arwah suaminya bagi menampung keperluan harian.
Nur Syarifah Subhi, 21, dari Kampung Titi Serong bersama anak berusia 17 bulan, Siti Nur Ameliana dan seorang anak tiri yang kini belajar di sekolah rendah, pulang ke pangkuan keluarga setelah suaminya, Zamani Daud, 50, jatuh sakit serta meninggal dunia, awal tahun lalu.
Selain Nur Syarifah dan anak-anak, rumah ibunya, Umi Kalsom Hashim, 46, turut didiami empat adik-beradiknya yang lain berusia 7 hingga 23 tahun, termasuk anak sulung, Muhammad Azrin, 23, yang juga pemegang kad OKU.
Nur Syarifah berkata, pencen penakat dan bantuan bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang diperoleh untuk menyara dua anaknya, dikongsi bagi membantu adik-beradik lain serta ibu bapanya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Menurutnya yang juga pemegang kad OKU, walaupun mengalami masalah pembelajaran sejak kecil, namun dia boleh melakukan segala urusan sendiri, termasuk menunggang motosikal dan mengeluarkan wang daripada ATM.
“Setiap bulan saya guna wang itu untuk bayar ansuran motosikal yang kami guna setiap hari. Baki duit simpanan bantuan persekolahan pula saya belikan sebuah motosikal lain untuk kegunaan kakak di kampung kerana uruskan tok yang sakit, selain turut membeli sayur dan ikan untuk kami sekeluarga makan,” katanya.
Menurut Umi Kalsom pula, pendapatan suaminya, Mohd Shukri Lebai Yob, 54, sebagai pengawal keselamatan gantian, tidak seberapa menyebabkan suaminya itu terpaksa melakukan kerja kampung bagi menyara kehidupan.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Roslan Ishak berkata, kisah keluarga itu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyalurkan Skim Bantuan Am sebanyak RM150 sebulan kepada Umi Kalsom.
Sumber: Sinar Harian